Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV
TUMPAT: Dua orang rakan baik sejak berumur 13 tahun selesai membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini, pagi tadi.
Wan Latifah Wan Omar, 61 dan Nik Salihah Ab Rahman, 61, tiba di sini kira-kira jam 9 pagi untuk membuang undi.
Wan Latifah berkata mereka tidak sengaja berjumpa di sini ketika masing-masing membuang undi.
“Tak berpakat pun, jumpa kat sini saja, lagipun saluran dua tak ramai sangat, cepat je siap,” katanya.
Imedikel TV






