Oleh: Alini Nadhirah Ismail, Wartawan Imedikel TV
BACHOK: Jumlah perantau bagi dun Jelawat dianggarkan 10 ribu kata Zameri Mat Nawang Calon PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya kepulangan pada peringkat awal agak perlahan mungkin kerana ada yang belum mendapat cuti, namun pada waktu-waktu akhir terdapat perantau yang dapat pulang serta beliau turut mendapat panggilan daripada anak perantau untuk bertemu dengannya.dan
” Saya rasa perantau balik kerana minat dan menyedari dalam menjalankan tanggungjawab untuk turun mengundi dan untuk mempertahankan kemenangan di dun Jelawat khususnya,” Katanya.
Beliau juga turut menyeru kepada pengundi-pengundi bagi DUN Jelawat terutamanya anak muda untuk turun mengundi.
“Abe yie menyeru kepada pengundi dun Jelawat khususnya dan jalankan tanggungjawab dan tugas anda dan pastikan mengundi abe yie untuk pastikan kemenangan kita di DUN Jelawat ini seterusnya di seluruh Kelantan ini.”
Imedikel TV






