Home Luar Negara SEKURANG-KURANGNYA 15 MAUT FERI KARAM DI INDONESIA

SEKURANG-KURANGNYA 15 MAUT FERI KARAM DI INDONESIA

248
0

KENDARI: Sekurang-kurang 15 orang terbunuh, manakala 19 yang lain masih hilang selepas sebuah feri karam di Pulau Sulawesi, Indonesia semalam, kata agensi mencari dan menyelamat negara.

Terdapat 40 penumpang di dalam feri itu, yang karam sekitar waktu tengah malam, kata pejabat tempatan agensi mencari dan menyelamat Indonesia dalam satu kenyataan.

Memetik laporan AFP menerusi Berita Harian, sejumlah enam penumpang dilaporkan terselamat dan kini sedang dirawat di hospital tempatan.

Ketua agensi mencari dan menyelamat tempatan di bandar Kendari, Sulawesi Tenggara, Muhamad Arafah dalam satu kenyataan, berkata enam penumpang dilaporkan terselamat dan kini sedang dirawat di hospital tempatan.

“Terdapat 19 mangsa yang masih dalam pencarian. Pencarian akan dilakukan dengan membahagikan kepada dua pasukan.

“Pasukan pertama akan menyelam di sekitar tapak feri itu karam. Pasukan kedua pula akan melakukan pencarian di atas permukaan air sekitar tapak kemalangan menggunakan bot getah dan bot panjang,” katanya.

Kemalangan membabitkan kapal dan feri kerap berlaku di kepulauan Asia Tenggara dengan sekitar 17,000 pulau, di mana orang ramai bergantung pada feri dan bot kecil untuk mengembara walaupun standard keselamatan yang rendah.

Pada 2018, lebih 150 orang lemas apabila sebuah feri karam di salah satu tasik terdalam di dunia di pulau Sumatera.

Pada Mei tahun lalu, sebuah feri yang membawa lebih 800 orang terkandas di perairan cetek di wilayah Nusa Tenggara Timur dan terperangkap selama dua hari. – AFP, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here