Home Sukan PEMINAT WREXHAM ‘SERBU’ LOS ANGELES

PEMINAT WREXHAM ‘SERBU’ LOS ANGELES

320
0

LOS ANGELES: Selepas Hollywood hadir ke Wrexham dan mengubah pasukan hambar Wales itu kepada sensasi global dengan siri dokumentari yang amat popular, pasukan itu membalas semula dengan kunjungan ke Los Angeles kelmarin.

Memetik laporan Reuters menerusi Berita Harian, peminat yang menyarung jersi merah Wrexham mangatasi jumlah penyokong pasukan pelapis MLS, LA Galaxy II pada aksi persahabatan di Carson, yang dimenangi pelawat 4-0 dalam aksi kedua kelab itu daripada empat perlawanan jelajah ‘USA Invasion’.

Menonton aksi itu antaranya Wayne Jones, pemilik pub The Turf yang juga bintang utama “Welcome to Wrexham”, yang mengisahkan pelakon Hollywood, Ryan Reynolds dan Rob McElhenney mengambil alih kelab itu sejak November 2020.

“Kami disambut dengan luar biasa dan kami amat teruja untuk berada di sini. Ia sebuah bandar yang cemerlang dan besar berbanding kebiasaan kami,” kata Jones ketika rehat babak pertama.

Beliau berkata kelab Wales itu, yang pada April lalu melengkapkan penamat Hollywood mereka apabila dinaikkan semula ke Liga Bolasepak Inggeris (EFL) selepas tempoh 15 tahun, berada dalam “tahun kegemilangan” jauh daripada berbanding tiga tahun lalu.

“Setiap hari peminat Wrexham bangun pagi dan mencubit diri mereka kerana kami mengharungi perjalanan yang sukar dalam dua atau tiga dekad lalu, jadi untuk berada di tempat kami sekarang adalah luar biasa,” katanya.

Peminat menghirup minuman bertema Wrexham di pub replika The Turf pada malam yang hangat di Carolina selatan dan sekalipun beliau dicari peminat yang mahu bergambar, Jones menolak tanggapan beliau kini terkenal.

“Saya tidak lihat diri saya sebagai selebriti, saya hanya bekerja di bar. Saya lihat diri saya sebagai seorang yang rendah diri, rendah hati, lelaki kelas pekerja,” katanya.

“Kami sedang berseronok dalam kehidupan kami ketika ini tetapi akhirnya apa yang penting adalah komuniti dan kelab bola sepak dan jika kedua-duanya berkembang maju, kami amat bersyukur.”

Wrexham akan menentang Manchester United di San Diego pada awal pagi Rabu ini sebelum mengakhiri lawatan mereka ke Chester, Pennsylvania bagi perlawanan menentang Bethlehem Steel pada Sabtu.

Musim kedua “Welcome to Wrexham” dijadual memulakan penstriman di AS pada 12 September. – REUTERS, BH Online –

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here