Home Luar Negara PARTI GABUNGAN SAHKAN PITA SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI TUNGGAL

PARTI GABUNGAN SAHKAN PITA SEBAGAI CALON PERDANA MENTERI TUNGGAL

168
0

Bangkok, THAILAND: Memetik laporan agensi di Berita Harian, gabungan itu melakukan pertemuan selepas percubaan pertama pita untuk menjadi perdana menteri yang digagalkan pada 13 julai lalu kerana tidak mendapat undi parlimen yang mencukupi.

Mesyuarat tergempar itu dilakukan untuk mencari titik persamaan sama ada mereka akan terus menyokong Pita sebagai calon tunggal.

Bagaimanapun, Pita memaklumkan kepada media yang menunggu bahawa beliau masih calon tunggal gabungan berkenaan.

Walaupun menghadapi halangan itu, Pita berikrar untuk terus berjuang dalam sidang gabungan media.

Pita turut mengakui terdapat beberapa kebimbangan bahawa pencalonannya semula mungkin melanggar perlembagaan dan peraturan parlimen, kerana ia boleh sama dengan mengemukakan ulang usul yang gagal dalam satu-satu sidang parlimen.

Dalam sidang bersama 13 Julai lalu, ramai senator tidak mengundinya kerana ikrar MFP untuk meminda undang-undang menghina raja (Lèse Majesté) Thailand dan memintanya berundur dalam isu berkenaan.

Walaupun ingin mendapatkan lebih banyak undi daripada senator dalam pencalonan keduanya, Pita mendakwa isu undang-undang Lèse Majesté hanya digunakan sebagai alasan untuk mengundi menentang pencalonannya.

Manifestonya perlu dilaksanakan kerana mahu mengotakan janji yang dibuat kepada pengundi ketika kempen pilihan raya.

“Ada alasan lain untuk tidak mengundi saya jika isu lèse majesté hilang,” katanya.

Sumber: AGENSI & BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here