Home Ulasan Wartawan BAHAYA TERPESONG AGAMA

BAHAYA TERPESONG AGAMA

271
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan Imedikel TV

Tular di Tiktok paparan video menunjukkan orang ramai sedang melakukan aktivti solat di tanah perkuburan, namun kelihatan seperti tidak mengikut syariat agama.

Video berkenaan dipercayai dari negara sebarang.

Bukan sahaja golongan emas atau dewasa malah kanak-kanak juga turut terlibat dalam aktiviti berkenaan.

Persoalannya, bagaimana untuk membendung sikap orang ramai yang berkelakuan seolah-olah membelakangkan agama Islam.

Wartawan Imedikel TV bertanyakan orang ramai bagi mendapatkan komen dan pendapat mengenai isu tersebut.

Awatif Hasani, 25, dari Setapak, Kuala Lumpur, berpendapat perlakuan mereka tidak kelihatan menyembah Allah tetapi seperti pemujaan kubur.

“Kita berada dalam zaman dimana ujian terbesar bagi umat Nabi Muhammad, iaitu akan berlaku pelbagai perkara yang bercanggah dengan Islam bagi menguji tahap keimanan seseorang muslim. Setiap perbuatan, ajaran yang disebarkan samaada melalui pengajian di sekolah, ceramah atau sosial media perlu sentiasa ditapis dan dilihat betul-betul mengikut hadis, Quran dan logik akal untuk mengamalkan perkara baru dalam beribadah dari segi bacaan zikir, ayat dan pergerakan dalam beramal.

“Ibubapa antara individu terawal dan terpenting bertanggungjawab dalam memberi pengetahuan agama kepada anak-anak supaya tidak terpesong akidah. Zaman sekarang memang mudah perbuatan sesat sebegini untuk tersebar dan menjadi ikutan, oleh kerana itulah didikan awal dan pengajian dari orang yang betul-betul berilmu serta diiktiraf itu penting untuk menjadi rujukan masyarakat dalam beramal,” katanya ketika dihubungi wartawan Imedikel TV bagi mengulas isu tersebut.

Jamilah Mat, 45, berpendapat didikan agama yang betul sangat penting dalam mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam.

“Agama Islam adalah agama yang indah dan bukan dengan cara pemujaan jika nak beribadat. Sekali tengok memang agak takut kerana ia melibatkan cara mereka memahami agama Islam, sebab itu la kita di Malaysia kena bersyukur kerana setakat ini agama Islam masih terjaga.

“Bahaya kalau tergolong dalam kumpulan yang membawa ilmu sesat kerana mereka kadang-kadang tidak boleh ditegur oleh sebab merasakan ilmu yang mereka pelajari adalah lebih tinggi berbanding orang lain,”katanya.

Fadhilah Azman, 18, berpendapat kanak-kanak adalah individu yang paling mudah terpengaruh dengan apa jua keadaan yang berlaku disekelilingnya.

“Kanak-kanak bawah umur 18 tahun memang perlu dikawal dan dalam hal ini ibubapa sangat memainkan peranan penting kerana jika tidak dikawal, anak-anak akan terikut dan mudah terpengaruh akan setiap apa yang dilihat, mereka mungkin menyangka aktiviti solat atas kubur dengan cara sebegitu adalah betul dalam ajaran Islam,”katanya.

Walaubagaimanapun semua perkara perlu mendapat pengesahan daripada ahli yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan dengan erti kata lain orang yang diiktiraf seperti Menteri Agama, atau Mufti.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here