Home Buletin Semasa PENGASUH PUKUL BAYI HINGGA LEBAM DIDENDA RM1,600

PENGASUH PUKUL BAYI HINGGA LEBAM DIDENDA RM1,600

185
0

MUAR: Pengasuh sebuah taska yang memukul bayi sehingga lebam didenda RM1,600 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Orang Kena Saman (OKS), Ong Bee Kian, 54, yang memakai baju lokap jingga membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Mengikut fakta kes, OKS bertugas di sebuah pusat jagaan kanak-kanak didakwa memukul bayi berusia 18 bulan 18 hari menggunakan tangan kerana kerap menangis.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah jagaan kanak-kanak di Jalan Mohammadiah, di sini, pada jam 1 petang, 4 Julai lalu.

Kejadian itu disedari ibu mangsa apabila mendapati anaknya yang baru dua hari dihantar ke pusat jagaan itu lebam di pipi, paha dan kedua-dua kaki.

Berikutan itu, ibu bapa bayi terbabit membuat laporan polis sebelum tertuduh ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun, denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Putera Amirool Faez Suhasi manakala tertuduh diwakili Lim Sey Wee.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah agak menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira trend kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, peguam tertuduh meminta diringankan hukuman kerana tertuduh perlu menanggung seorang anak yang akan melanjutkan pengajian ke sebuah kolej.-Berita Harian-

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here