Home Ulasan Wartawan BENDUNG KES BULI DARI AWAL

BENDUNG KES BULI DARI AWAL

238
0

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Kes buli bukanlah suatu yang baru di Malaysia. Terdapat banyak kes buli seawal sekolah rendah.

Sebenarnya, kes buli boleh dibendung dari awal, bermula daripada ibu bapa di rumah yang sentiasa mengingatkan anak-anak akibat buli juga pihak sekolah memainkan peranan untuk tindakan kepada mereka yang terlibat dengan kes buli.

Jangan pandang enteng kepada kes buli di sekolah, bukan sahaja menyebabkan dendam dan sakit hati, malah boleh mendatangkan kecederaan jika tidak terkawal.

Ibu kepada tiga orang cahaya mata, dikenali Nana, berkata kejadian buli pernah berlaku kepada anaknya di sekolah apabila ada yang meminta duit.

“Budak tu asyik minta duit dengan anak saya sampai anak saya tak nak pergi sekolah.pada awalnya saya diamkan je, tapi apabila masuk minggu kedua anak masih bercerita hal berkenaan saya minta untuk dia tunjukkan siapa budak tu.

“Saya jumpa nenek budak tu dan mengaku buat macam tu. Alhamdulillah selepas kejadian tu anak saya dah boleh ke sekolah macam biasa,”katanya.

Katanya, guru kelas anaknya mengaku berlaku kejadian meminta duit tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here