Home Ulasan Wartawan KELEBIHAN SUSU IBU

KELEBIHAN SUSU IBU

276
0

OLEH: Nik Nur Zakia Abdullah, Wartawan Imedikel TV

Bagi yang bergelar ibu, sudah tentu ia adalah satu perkara yang amat menggembirakan.

Penyusuan ibu sangat penting bagi bayi untuk proses tumbesaran.

Ada dalam kalangan para ibu sekarang yang bekerja memungkin mereka mengambil inisiatif untuk memberi susu formula kepada anak mereka semasa di bawah jagaan pengasuh.

Bagi Nur Sha Azelda Hashim, 39, juga seorang pengurus cawangan di syarikat kawalan keselamatan berkata, terdapat banyak kelebihan menyusukan anak.

“Walaupun saya bekerja, tetapi saya tetap menyediakan susu ibu kepada anak saya. Hubungan anak lebih erat antara ibu dan anak. Seperti yang kita sedia maklum susu ibu mempunyai nutrisi yang baik berbanding susu formula, jadi imunisasi anak lebih kuat.

“Semasa waktu bekerja, saya akan mengepam susu mengikut jadual yang ditetapkan,”katanya.
Dia yang juga ibu kepada empat anak itu berkata setiap kali mengepam semasa waktu bekerja, susu tersebut disimpan di dalam beg simpanan yang mempunyai “Ice cube” untuk susu tahan lebih lama.

Norshafini Md Hussain, 39, berkata jika menyusu badan ada rasa “bonding” dengan anak walaupun anak tinggal bersama pengasuh atau taska.

Norshafini Md Hussain, 39, berkata penyusuan ibu dapat menjimatkan kos.

“Selain daripada tu, boleh menjimatkan kos.

“Pada saya, apabila kita menjadi pembekal makanan utama kepada anak, secara tak langsung saya akan control makan makanan berkhasiat sebab saya nak anak saya dapat sumber yang berkhasiat. Sebagai ibu, kita juga tak makan makanan yang tak berkhasiat,” katanya.

Ibu kepada tiga anak ini juga berkata penyusuan susu ibu sangat baik untuk anak-anak.

Katanya walaupun bekerja tetapi tetap berusaha untuk membekalkan susu kepada anak-anak.

Ibu kepada tiga orang anak, Norul Haida Abdullah, 39, berkata susu ibu dapat menguatkan imun anak-anak.

Norul Haida Abdullah, 39, berkata terdapat banyak fasiliti bagi ibu menyusu.

“Anak-anak susah untuk demam dan pertumbuhan anak-anak juga bagus. Bagi saya susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak baru lahir sehingga ke usia 2 tahun. Sebab susu ibu ni banyak khasiatnya selain mengeratkan ikatan ibu dan anak,”katanya.

Menurut Aida, bagi ibu yang bekerja, mereka dapat mengepam susu di pejabat.

“Sekarang dah banyak fasiliti disediakan di tempat kerja bagi ibu-ibu yang menyusukan anak. Ada tempat khas disediakan.

“Penggunaan pam susu di pejabat sekarang menajdi mudah. Peti penyimpanan beku juga disediakan. Jadi, tak menjadi masalah kepada ibu-ibu. Pendek kata senang la sekarang ni,”katanya.

Bagi surirumah, Nur Zahira Abdullah, 34, menyusu boleh dijadikan sebagai “me time”.

Nur Zahira Abdullah, 34, berkata menyusu boleh dijadikan sebagai “me time”.

“Anak menyusu, kita boleh rehat sambil baca buku, menonton TV atau telefon mudah alih.

“Menyusu ni jadi cepat lapar, jadi kena jaga makan jangan skip. Kena prepare lah biskut atau roti. Kalau susu banyak, boleh pam dan bergilir guna botol susu,”katanya.

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here