Home Buletin Semasa LELAKI BERLAGAK WANITA MENGAKU TIDAK BERSALAH

LELAKI BERLAGAK WANITA MENGAKU TIDAK BERSALAH

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas pertuduhan berlagak seperti wanita.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12.00 tengah malam di sebuah inap desa di Kampung Hutan Pasir Ketereh pada 14 Januari 2026.

Tertuduh ketika itu memakai kaftan labuh paras kaki dan berambut paras bahu.

Tertuduh seorang peniaga, Mohd Hafizam Hamid, 40, membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Syarie Wan Mohd Firdaus W Ibrahim.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Syafika Mat Hussin Tertuduh diwakili peguam syarie Muhammad Syarafi Mohd Salleh.

Terdahulu Syafika mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM1500 dengan dua orang penjamin.

Pertuduhan tersebut didakwa mengikut Seksyen 19(1)  Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan jaminan RM1,500 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 24 Januari 2027 untuk serahan dokumen.

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here