Home Ulasan Wartawan BAHAYA CIUM BAYI SESUKA HATI

BAHAYA CIUM BAYI SESUKA HATI

326
0

Oleh: Nur Athirah Azman, Wartawan I Medikel TV

Sikap orang ramai yang suka mencium bayi sesuka hati menimbulkan kebimbangan kepada ibubapa di luar sana.

Bagaimanapun perbuatan mencium bayi bagaikan sudah menjadi perkara biasa, terutamanya kepada rakan-rakan juga saudara mara.

Ini kerana mereka tidak dapat menahan geram melihat si comel itu sehingga bertindak mencium mereka.

Tanpa kita sedari, mencium bayi boleh menyebabkan mereka mendapat kaviti semasa peringkat awal alam kanak-kanak mereka.

Ini kerana orang dewasa boleh memindahkan bakteria yang disebabkan kaviti seperti Streptococcus mutans melalui air liur mereka pada bayi.

Wartawan Imedikel Tv bertanyakan pendapat orang ramai berhubung isu tersebut.

Zulfazli Che Dahri, 25, dari Bachok berpendapat bahawa habit seseorang yang suka mencium bayi adalah kurang digalakkan.

“Banyak faktor yang sebenarnya ramai tidak tahu antara salah satu faktor adalah boleh menimbulkan beberapa penyakit pada bayi tersebut seperti jangkitan kuman.

“Mungkin bagi orang dewasa itu dah biasa kerana bila bertemu bayi automatik rasa nak cium sebab suka akan bau bayi akan tetapi tidak untuk bayi yang masih kecil,” katanya.

Seorang lagi ibu kepada seorang anak Nurul Afifah Adnan, 26, dari Subang Jaya turut menasihatkan orang ramai agar tidak mencium bayi individu lain sesuka hati bagi mengelak dijangkiti sebarang penyakit.

“Anak saya kecil lagi umur 1 tahun jadi sejak saya bergelar seorang ibu ni saya memang betul-betul menjaga privacy anak saya, kalau orang nak dukung anak saya itu tidak mengapa, tapi yang menjadi masalah bila mereka mencium anak saya terutama sekali orang yang merokok lah.

“Anak saya jenis kulit sensitive kalau berada di majlis keramaian, lepas dari tu dia akan demam lepas tu kulit nya juga akan jadi merah-merah jadi saya rasa untuk mengelakkan anak saya jatuh sakit macam tu lebih baik tak payah la.

“Jadi saya harap orang ramai jangan terasa kerana itu semua demi kesihatan si kecil,” katanya.

Jamilah Mat, 47, dari Bachok menegaskan bahawa tak salah bagi mana-mana individu menzahirkan rasa kasih sayang dan bermanja dengan bayi namun mereka perlu peka terhadap risiko yang akan berlaku.

“Saya tengok orang zaman sekarang memang sesuka hati lah mencium anak orang lain tanpa meminta kebenaran dari ibunya. Saya tak setuju dengan sikap macam ni sebab kalau perempuan yang mencium bayi sudah tentu dah ada lipstick pada mulut dia, tapi orang ramai taka da pertimbangan langsung dengan pada bayi tu sendiri.

“Anak saudara saya sebelum ni dalam masa dua jam selepas dicium oleh ahli keluarga yang lain, mak kepada baby itu menyedari anaknya mula lembik dan tidak mahu menyusu. Perubahan itu telah menyebabkan mak ayah si bayi membawanya ke hospital,” katanya.

Oleh hal demikian sebagai peringatan terhadap orang ramai di luar sana elakkan dari mencium bayi sesuka hati kerana ia mungkin boleh membuatkan bayi itu jatuh sakit malah mengancam nyawa mereka.

Sumber theAsianparent

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here