Home Buletin Semasa POLIS GIAT KESAN SEKUMPULAN INDIVIDU BAKAR MERCUN DI SIMPANG LAMPU ISYARAT

POLIS GIAT KESAN SEKUMPULAN INDIVIDU BAKAR MERCUN DI SIMPANG LAMPU ISYARAT

Oleh: Wartawan IMedikel TV

JOHOR BAHRU : Polis giat mengesan semua individu yang disyaki terlibat dalam kejadian pembakaran mercun di atas jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa Skudai, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Azrol Anuar Nor berkata, kejadian yang tular di media sosial Facebook dipercayai berlaku lebih kurang jam 1.30 pagi.

Katanya berdasarkan maklumat awam, lebih kurang jam 1.45 pagi sepasukan Polis Daerah Johor Bahru Utara telah hadir membuat pemeriksaan di lokasi tempat kejadian.

“Namun hasil pemeriksaan mendapati sekumpulan lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian telah meninggalkan lokasi tersebut.

“Pemeriksaan lanjut hanya menemui kesan pembakaran meecun di kawasan berkenaan

“Pihak Polis kini sedang giat mengesan semua individu yang disyaki terlibat dalam kejadian tersebut bagi membantu siasatan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Azrol Anuar berkata kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan sedang dijalankan.

Katanya menasihatkan orang ramai agar tidak membakar mercun di atas jalan raya kerana perbuatan itu mengundang risiko kemalangan dan kecederaan kepada diri dan pengguna jalan raya lain.

“Kes disiasat di bawah seksyen 286 Kanun Keseksaan dan seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”katanya.

Terdahulu tular video berdurasi 49 saat di media sosial Facebook, memaparkan sekumpulan lelaki membakar mercun di persimpangan lampu isyarat dengan kenderaan sedang bergerak.

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here