Home Hiburan HUN HAQEEM CARI SURI HATI SALING MEMAHAMI, MELENGKAPI

HUN HAQEEM CARI SURI HATI SALING MEMAHAMI, MELENGKAPI

Kuala Lumpur: Pelakon, Hun Haqeem tidak meletakkan kriteria terlalu tinggi untuk wanita yang bakal menjadi suri hatinya, sebaliknya cukup sekadar memahami dan saling melengkapi.

Memetik laporan Harian Metro, Hun atau nama sebenarnya, Haqeem Hermy, 28, berkata dia memang menyimpan impian untuk berumah tangga dan mempunyai keluarga, namun hingga kini belum lagi dipertemukan wanita pilihan.

“Saya cuma akan pastikan bakal pasangan itu seorang yang memahami dan boleh terima diri saya sebagaimana saya juga menerima dia seadanya. Tidak kisahlah siapa-siapa pun.

“Memang untuk kriteria pasangan saya, tidak tinggi sangat pun. Sebab, untuk Hun memang rasa saling melengkapi itu sangat penting, tetapi kalau kita dapat sama-sama ‘be strong for each other’ pun, best juga.


“Saya sebenarnya sangat menginspirasikan pasangan Bella Astillah dan Syed Saddiq. Malah, saya pun selalu okay kalau ada orang bertanya tentang jodoh, tiada masalah pun nak menjawab.

“Maksudnya, ramai orang sayang saya, ambil kisah dan orang memang nak tengok kita punya kehidupan macam mana. Saya pun tak nak bujang selama-lamanya, bosan juga,” katanya kepada Harian Metro.

Hun yang popular dengan watak Jaafar dalam drama bersiri Kampung People menjelaskan, dia bersyukur dan amat berterima kasih kepada sesiapa yang bertanya mengenai jodoh kerana ia juga ibarat doa.

“Insya-Allah, kalau sudah bertemu calon pilihan pasti saya akan ‘update’. Mohon doakan yang terbaik, sebab sudah tentu, ‘I want to get married’, semestinya,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan rapat dengan penyanyi Ara Johari, 29, apabila muncul dalam muzik video (MV) lagu Kisah Yang Hampir Sempurna, Hun berkata, mereka serasi bekerjasama.

“Antara saya dan Ara, hubungan kami sebatas sahabat sahaja, dan sudah kenal lama sejak saya mula masuk ke dalam industri kira-kira lapan tahun lalu. Selain menyanyi, Ara juga seorang pelakon.

“Kami berdua pun pernah bekerjasama beberapa kali dan sebelum ini, saya ada muncul dalam MV lagu Sudah nyanyian Ara. Jadi, memang kami mudah bina ‘chemistry’ bersama,” katanya.

Katanya, Ara adalah seorang wanita yang baik dan mereka juga sering ‘catch up’ sekiranya masing-masing mempunyai projek baharu.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here