Home Buletin Semasa PENUNGGANG MAUT DIHEMPAP POKOK TUMBANG DI JELI

PENUNGGANG MAUT DIHEMPAP POKOK TUMBANG DI JELI

Oleh: Wartawan IMedikel TV

JELI: Seorang lelaki maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditungganginya dihempap pokok tumbang di Jalan Air Lanas menghala ke Gemang, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd Alia Sabri Mat Repin, 40, disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Mohd Adni Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada NG999 berhubung kejadian itu pada jam 8.05 pagi.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jeli kemudian digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 8.18 pagi, dengan jarak perjalanan kira-kira 12 kilometer.

“Komander Operasi yang menjalankan penilaian awal di lokasi mengesahkan kejadian membabitkan sebuah motosikal Honda EX5 yang dihempap sebatang pokok.

“Pasukan operasi berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan gergaji berantai bagi memotong pokok yang menghempap mangsa, dengan bantuan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya operasi berkenaan dilaporkan terkawal pada jam 8.21 pagi dan membabitkan sembilan anggota BBP Jeli dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS).

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here