Home Buletin Semasa LELAKI DIREMAN EMPAT HARI, KES CEMAR MASJID DI TUMPAT

LELAKI DIREMAN EMPAT HARI, KES CEMAR MASJID DI TUMPAT

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes khianat dan mencemarkan Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, suspek yang berusia 38 tahun itu direman selama empat hari bermula semalam hingga Selasa ini bagi membantu siasatan lanjut.

“Penahanan itu susulan laporan polis yang diterima pada 5 Oktober lalu berhubung kejadian berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau memandang serius sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keselamatan serta kesucian rumah ibadat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian turut diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sebelum ini media melaporkan seorang lelaki memecahkan pintu kaca Masjid Al-Aziz Al-Hadi, Kota SPP Warisan, di sini dan cecair berwarna coklat kehijauan dituang pada karpet ruang solat.

Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut mendapati seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here