Home Hiburan IBU SYAFIQ KYLE MENINGGAL DUNIA

IBU SYAFIQ KYLE MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pelakon Syafiq Kyle kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohaya Sulaiman, pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Berita sedih itu dikongsi adiknya yang juga pelakon, Syazwan Razak, menerusi hantaran media sosial.

Syazwan memohon jasa baik orang ramai untuk memberi sedekah bacaan surah al-Fatihah buat arwah ibu mereka.

“Ibu sudah tidak ada. Minta jasa baik semua untuk sedekahkan al-Fatihah untuk ibu tercinta saya. Maafkan beliau jika ada salah dan silap,” tulisnya.

Bagaimanapun, setakat ini, butiran terperinci mengenai kematian Allahyarham Rohaya belum diperoleh. – BH Online –

IMedikelTV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here