Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
TUMPAT: Majlis Daerah Tumpat (MDT) melaksanakan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di tiga lokasi tapak tong sampah bagi menggalakkan penggunaan tong sampah awam secara betul.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan di laman rasmi MDT, pemasangan CCTV itu membabitkan tapak tong sampah di Kampung Tanjung Kuala, Kampung Sedar dan Kampung Kubang Batang.
MDT turut menyeru orang ramai supaya memastikan sampah dibuang ke dalam tong yang disediakan dan tidak menggunakan tong sampah awam untuk membuang sisa pukal.
Kerjasama masyarakat amat penting bagi memastikan kemudahan awam digunakan dengan baik serta persekitaran kekal bersih.
IMedikel TV






