Home Buletin Semasa KERAJAAN PAHANG SEDIA RM1.2 JUTA TUBUH PUSAT PEMBELAJARAN AL-QURAN BRAILLE

KERAJAAN PAHANG SEDIA RM1.2 JUTA TUBUH PUSAT PEMBELAJARAN AL-QURAN BRAILLE

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Peruntukan lebih RM1.2 juta disediakan kerajaan Pahang untuk menubuhkan lapan Pusat Pembelajaran Al-Quran Braille di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, usaha memperkasa pembelajaran al-Quran Braille merupakan inisiatif cetusan idea Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Ia membabitkan penganjuran kursus, penyediaan kemudahan pembelajaran serta pembelian 60 unit eBrelle bernilai RM10,000 setiap satu.

Menurutnya, 60 unit al-Quran eBrelle ditempatkan di lapan pusat pembelajaran al-Quran Braille di Pahang termasuk di Masjid Tepian Putra, masjid daerah Lipis, Jerantut, Bera, Temerloh dan Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah (UNIQSAAS).

“Pusat pembelajaran al-Quran Braille memberi manfaat kepada hampir 1,000 pelajar terdiri daripada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan dan juga individu yang berminat untuk mempelajari sl-Quran Braille.

“Kita kini mempunyai kira-kira 28 tenaga pengajar membabitkan pelajar terdiri daripada mereka yang mengikuti pembelajaran di sekolah-sekolah khas serta pusat yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Pusat Pembelajaran Al-Quran Braille Pahang di Masjid Tepian Putra, di sini kelmarin.

Hadir sama Naib Canselor UNIQSAAS) Profesor Datuk Dr Haji Mohd Zawavi Zainal Abidin.

Sabariah berkata, kerajaan negeri masih menilai keberkesanan pelaksanaan pusat pembelajaran pembelajaran al-Quran Braille kerana penubuhannya masih diperingkat awal.

Menurutnya, pihaknya akan melihat perkembangan terlebih dahulu dan menilai jumlah peserta yang dapat menguasai pembelajaran ini sebelum menetapkan sasaran yang lebih jelas.

“Kerajaan Negeri akan meluaskan program pembelajaran al-Quran Braille keseluruh negeri selain meningkatkan lagi kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Pahang, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu (MUIP), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS),” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here