Home Buletin Semasa PENJAWAT AWAM PERLU JELAS PENDIRIAN TOLAK RASUAH – KPPA

PENJAWAT AWAM PERLU JELAS PENDIRIAN TOLAK RASUAH – KPPA

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

BACHOK: Keadaan berkaitan isu rasuah dalam penjawat awam ketika ini amat membimbangkan dan usaha memperkemas tata kelola dalam organisasi perlu dilaksanakan secara berterusan bagi membantu mengurangkan masalah itu dari semasa ke semasa.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, perkara itu turut menjadi penekanan kerajaan dalam usaha memperkukuh tata kelola atau tadbir urus dalam organisasi dan mampu membantu mengurangkan isu berkaitan rasuah.

“Sebenarnya keadaan ini amat membimbangkan kerana inilah yang ditekankan oleh kerajaan Madani di mana kita perlu memperkemaskan lagi tata kelola ataupun tadbir urus dalam organisasi kita.

“Insya-Allah jika usaha berterusan ini dilaksanakan, saya penuh yakin bahawa isu terkait dengan rasuah ini akan dapat kita kurangi dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan Syarahan Perdana Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 2026 di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini, hari ini.

Wan Ahmad Dahlan berkata, dalam usaha berkenaan, penjawat awam juga perlu mempunyai tekad yang jelas untuk menolak rasuah.

“Perlu ada satu tekad yang jelas bahawa kita menolak kepada perkara ini, bagaimanapun ia masih terkawal,” katanya.

Ketika ditanya mengenai nasihat kepada penjawat awam, beliau menegaskan kepentingan mematuhi tata kelola.

“Patuhi tata kelola. Penjawat awam perlu patuhi tata kelola,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here