Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) telah memasang sebanyak 5,100 Jalur Gemilang disekitar bandar ini bagi memeriahkan Sambutan Kemerdekaan Negara Ke-69, Isnin depan.
Sebanyak 2,600 Jalur Gemilang dipasang pada tiang elektrik dan selebihnya kawasan tumpuan seperti taman permainan termasuk pada jambatan Sungai Kuantan.
Pegawai Perhubungan Awam MBK, Hani Syazani Kamarudin Arifin berkata, pihaknya turut memasang sebanyak 5,200 bendara Pahang pada tiang elektrik termasuk 2,500 di kawasan tumpuan dan diatas jambatan.
“Sebelum 31 Ogos pihaknya akan memasang 1,000 Jalur Gemilang dan 300 bendera Pahang sebagai tambahan yang diharap dapat lebih menceriakan suasana sambutan kemerdekaan tahun ini, , di sini semalam.
Katanya, kibaran Jalur Gemilang dan bendera Pahang di bandar ini diharap mampu memeriahkan Sambutan Kemerdekaan Negara Ke-69, Isnin ini yang akan diadakan di Jalan Kemunting.

“Kerjasama yang diberikan jambatan kerajaan, syarikat swasta, premis perniagaan, sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang turut sama memasang Jalur Gemilang dan bendera Pahang menambahkan lagi kemeriahan sepanjang bulan kemerdekaan kali ini.
“Kita berharap menjelang Sambutan Kemerdekaan Negara Ke-69 Isnin ini lebih banyak lagi Jalur Gemilang dan bendera Pahang dipasang di bandar ini oleh pihak berkaitan,” katanya.
Beliau menambah, pihaknya turut berharap masyarakat pelbagai kaum dapat turut sama memasang Jalur Gemilang dan bendera Pahang di kediaman masing-masing sebagai tanda cintakan kemerdekaan dan sayangkan negara.
Hani Syazani berkata, diperkarangan bangunan pejabat MBK kini turut dihiasi dengan ratusan Jalur Gemilang dan bendera Pahang yang dipasang pada tiang elektrik termasuk dipacak diatas tanah.
“Angin kencang yang berlaku hampir setiap hari di daerah ini menambahkan lagi keceriaan dan kemeriahan apabila Jalur Gemilang dan bendera Pahang berkibar megah,” katanya.
IMedikel TV






