Home Buletin Semasa KERAJAAN PERUNTUK RM3 JUTA BANTU RINGAN BEBAN NELAYAN

KERAJAAN PERUNTUK RM3 JUTA BANTU RINGAN BEBAN NELAYAN

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3 juta bagi membantu meringankan beban selain menyediakan kemudahan diperlukan golongan nelayan seluruh negara.

Selain menyediakan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) RM300 setiap bulan, turut disediakan bantuan peralatan menangkap ikan, bantuan bencana dan rumah termasuk subsidi minyak.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berkata, setiap tahun kerajaan tidak pernah ketinggalan menyediakan peruntukan yang besar dalam usaha membela nasib golongan nelayan seluruh negara.

“Sebagai contoh walaupun negara sebelum ini berhadapan kemelut bekalan minyak hingga menyebabkan harga bahan api itu naik, namun kerajaan tidak menaikkan harga sebaliknya terus mengekalkan harga sabsidi RM1.45 seliter khusus untuk nelayan sahaja.

“Nelayan perlu syukur dan berterima kasih dengan kerajaan yang menyediakan bantuan bagi melihat nasib golongan terbabit terus terbela dan tidak terus hidup dibawah paras kemiskinan hingga berhadapan pelbagai masalah,” katanya pada Majlis Rahmah Mesra Madani Bersama Pengerusi LKIM Bersama Nelayan Pahang di Pasar Nelayan Pantai Sepat, di sini semalam.

Hadir sama Pengarah LKIM Pahang, Aida Irdawaty Mohamad.

Katanya setiap tahun kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada nelayan tanpa mengira fahaman politik, tanggungjawab membela nasib nelayan yang digalas kerajaan sentiasa diberi keutamaan disetiap pelusuk negeri.

Justeru apa yang penting nelayan perlu terus bangkit berusaha untuk meningkatkan pendapatan, mereka tidak seharusnya terlalu bergantung pada aktiviti menangkap di laut sahaja yang hasilnya tidak menentu.

Sempena program berkenaan seramai 22 nelayan daerah ini dan Pekan menerima bantuan ‘Touch Point’ berupa peralatan menangkap ikan dibawah program peningkatan produktiviti nelayan B40.

Turut diadakan jualan agro Madani yang menyediakan ikan segar dan daging serta pelbagai produk pertanian lain pada harga berpatutan.

Muhammad Faiz berkata, dalam usaha menambah pendapatan nelayan kerajaan mengalakan golongan terbabit menceburi sektor akuakultur dengan menternak ikan menggunakan kaedah dalam sangkar dan tangki.

Katanya, nelayan yang berminat menceburi projek berkenaan boleh berhubung terus dengan jambatan perikanan negeri yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.

“Untuk mendapatkan modal permulaan pihak terbabit boleh mendapatkan pinjaman daripada Bank Pembangunan yang sedia memberi kemudahan berkenaan, beberapa kaedah pinjaman disediakan kepada nelayan yang berminat.

“Kita ingin melihat golongan nelayan B40 tidak terlalu bergantung pada tangkapan hasil laut, sebaliknya memiliki pendapatan tambahan dalam sektor akuakultur yang mampu memberi pulangan menguntungkan,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here