Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV
PASIR MAS: Seorang pemilik vesel nelayan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Pasir Mas, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki 403 liter minyak diesel tanpa kebenaran sah.
Tertuduh, Ahmad Fahami Sukrie Mohamad, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Tuan Zulkpli Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki 403 liter minyak diesel tanpa kebenaran sah.
Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Bekalan 1974.
Kesalahan itu dikesan pada 12 April 2026, kira-kira jam 5.30 petang, ketika tertuduh ditahan di Jeti Pengkalan Nazori, Tumpat, bersama 403 liter diesel berkenaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan dan Tuan Muhammadi Iman Masjuri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut memerintahkan hasil jualan minyak diesel berjumlah RM1,005 dilucutkan hak, manakala hos dan pam yang dirampas dilupuskan.
Bagaimanapun, vesel nelayan berkenaan dikembalikan kepada pemiliknya.
IMedikel TV






