Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV
KUANTAN: Pasukan hoki lelaki dan wanita Pahang menepati ramalan melangkah bergaya ke peringkat suku akhir saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026.
Tampil selaku pemenang pingat emas SUKMA 2022 dan SUKMA 2024, pasukan wanita Tok Gajah bimbangan Mohamad Sabri Mohamad menewaskan tuan rumah Selangor 3-1 pada perlawanan pertama, perlawanan kedua mereka mudah menjinakkan Sarawak 4-0.
Mohamad Sabri berkata, pasukan Pahang menunggu keputusan perlawanan kumpulan C antara Melaka dengan Kelantan hari inj, pemenang pertemuan itu menjadi lawan Tok Gajah Jumaat ini.
Katanya, pasukan Pahang tidak terlalu memikirkan pasukan mana yang akan dihadapi diperingkat suku akhir, misi mencatat kemenangan digalas setiap pemain yang kini begitu bersemangat untuk melangkah ke pentas final seterusnya meraih pingat emas.
“Barisan pemain Tok Gajah kini berada dalam situasi kemuncak untuk melepasi peringkat suku akhir seterusnya separuh akhir dan final, walaupun laluan berliku namun keyakinan begitu menebal dalam diri setiap pemain.
“Saya mengingatkan pemain supaya tidak terlalu yakin pada selepas ini, tersilap langkah kita akan berputih mata hanya kerana kesilapan sendiri,” katanya, dihubungi di sini semalam.
Beliau berkata, dia berpuas hati dengan persembahan menarik yang dipamerkan barisan pemain Pahang pada perlawanan dengan Selangor dan Sarawak, diharapkan corak permainan pantas dan penyudah berkesan dapat diulangi pada perlawanan suku akhir Jumaat ini.
Mohamad Sabri berkata, cabaran peringkat kumpulan A telah berjaya diselesaikan dengan sempurnakan, kini tumpu menjurus mencatat kejayaan dipentas suku akhir yang lebih mencabar.

“Saya penuh yakin barisan pemain Pahang yang ada mampu mencetuskan kejayaan yang diharapkan pada SUKMA Selangor kali ini, bagaimanapun saya sentiasa mengingatkan pemain supaya tidak terlalu yakin ketika turun beraksi terutama peringatan suku akhir yang pasti corak permainan akan berubah.
“Selepas melalui dua perlawanan peringkat kumpulan semua pemain tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tempoh rehat sehari sebelum turun. Jumaat ini diharap dapat mengembalikan tenaga pemain,” katanya yang mempercayai kebolehan setiap pemain Pahang.
Sementara itu, jurulatih skuad hoki lelaki Pahang Mohd Sufian Mohamad berkata, dia berpuas hati apabila skuad bimbangnya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. Katanya, selepas mencatat
kemenangan tipis 5-4 keatas Pulau Pinang, Pahang tampil garang menewaskan Melaka 5-2.
“Saya berharap prestasi terbaik pemain peringkat kumpulan dapat diteruskan dipentas suku akhir bagi membuka laluan ke saingan separuh akhir seterusnya final,” katanya.
IMedikel TV






