Home Buletin Semasa BAYI POSITIF DUA JENIS DADAH, IBU DAKWA AMBIL UBAT ‘ANXIETY’

BAYI POSITIF DUA JENIS DADAH, IBU DAKWA AMBIL UBAT ‘ANXIETY’

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: Ibu kepada bayi perempuan berusia lima hari yang sebelum ini dilaporkan positif dua jenis dadah mendakwa mengambil ubat bagi merawat masalah anxiety ketika mengandung.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil ujian air kencing terhadap wanita berkenaan setakat ini hanya mengesan bahan benzodiazepine (benzo), dan bukannya methamphetamine.

“Dia beritahu dia ambil ubat untuk anxiety. Jadi bila kita buat ujian air kencing, keluar benzo sahaja, bukan meth atau apa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Aktiviti Riadah Bermotosikal dan Sumbangan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) sempena Sambutan Hari Polis Ke-219 dan Program Flag Off Sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2026 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan bayi perempuan berusia lima hari itu disahkan positif dua jenis dadah iaitu amphetamine dan benzodiazepine, selepas menjalani saringan air kencing ketika menerima rawatan di hospital.

Mengulas perkembangan terkini, Mohd Yusoff berkata, keputusan ujian terhadap ibu bayi berkenaan setakat ini tidak menunjukkan kehadiran bahan lain selain benzo.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca bayi berkenaan positif dua jenis bahan tersebut.

“Setakat ini, bila kita buat ujian air kencing, itulah hasilnya. Bukan kata dia penagih,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here