Home Buletin Semasa 24 KUMPULAN SASAR TIMBA ILMU PROSES PRODUK SURIMI DAN OTOSHIMI

24 KUMPULAN SASAR TIMBA ILMU PROSES PRODUK SURIMI DAN OTOSHIMI

41
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

CHENDERING: Seramai 24 kumpul sasar di Pahang terpilih mengikuti Kursus Pemprosesan Produk Berasaskan Surimi dan Otoshimi di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu.

Kursus itu dianjurkan Jabatan Perikanan Negeri Pahang melalui Cawangan Pengembangan Perikanan disertai kumpulan sasar daripada daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh.

Ketua Kluster Pengajian Teknikal Perikanan Jabatan Perikanan Negeri Pahang, Adillah Ibrahim, berkata sepanjang kursus peserta didedahkan kepada asas keusahawanan dan kemahiran praktikal dalam pemprosesan produk berasaskan surimi dan otoshimi.

“Bagi menambahkan lagi kefahaman serta kemahiran peserta dibawa melawat ke kilang yang menyediakan produk berasaskan ikan yang terdapat di Terengganu.

“Selain melawat kilang yang menghasilkan keropok, peserta turut berpeluang me lawatan kilang Muslim Food Industries untuk melihat sendiri proses pengeluaran produk secara komersial serta mendengar perkongsian pengalaman daripada pengusaha,”katanya.

Belaiu berkata dengan adanya sesi teori dan amali peserta dapat mempelajari teknik penghasilan pelbagai produk seperti nugget ikan, bebola ikan, otak-otak, keropok lekor dan kek ikan.

“Saya berharap segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus dan lawatan industri ini dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kemahiran, memperkukuh industri pemprosesan hasil perikanan, serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya,” katanya.

Beliau menambah, jabatan telah menunaikan tanggungjawab dengan memberi ilmu dan kemahiran, kini terpulang pada peserta kursus untuk tampil berusaha terbabit dengan perniagaan produk yang berasakan ikan.

Adillah berkata, bagi mereka yang terbabit dengan perniagaan produk berasakan ikan, kursus yang disertai berupaya meningkatkan kemahiran seterusnya mampu meningkatkan pengeluaran selain lebih berkualiti.

“Selain kursus menghasilkan produk makanan berasaskan ikan, jabatan turut menganjurkan kursus lain seperti ternakan ikan air tawar dan pembenihan,” katanya.

Rata-rata peserta kursus yang ditemui berpendapat program yang dianjurkan begitu berguna untuk mereka menimba kemahiran seterusnya dapat memajukan perniagaan yang diusahakan.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here