Home Buletin Semasa 784 BERENTAP DALAM CABARAN DENAI PELINDUNG TRAIL RUN 2.0

784 BERENTAP DALAM CABARAN DENAI PELINDUNG TRAIL RUN 2.0

38
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

KUANTAN: Seramai 784 peserta tempatan dan antarabangsa berentap dalam Denai Pelindung Trail Run 2.0 yang berlangsung di laluan Hutan Simpan Beserah, di sini hari ini.

Program anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dengan kerjasama Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan/Pekan/Maran itu mempertandingkan dua kategori iaitu enam kilometer (km) dan 12km dengan pelepasan serta penamat di kawasan Denai Teruntum.

Penyelaras program, Norshazlee Roslee, berkata peserta perlu melalui laluan jalan raya sebelum memasuki Hutan Simpan Beserah, mendaki Bukit Pelindung dan seterusnya melalui pesisir pantai Teluk Cempedak sebelum menamatkan larian.

Katanya, Bukit Pelindung dan Denai Teruntum sememangnya terkenal dalam kalangan penggemar aktiviti mendaki kerana menawarkan laluan hutan yang menarik selain masih mempunyai pelbagai spesies pokok balak.

“Lebih menarik, Denai Pelindung Trail Run 2.0 menawarkan cabutan nombor bertuah yang memberi peluang kepada peserta memenangi pelbagai hadiah istimewa.

“Peserta yang berjaya menamatkan larian turut menerima medal sebagai penghargaan,” katanya.

Menurutnya, penganjuran acara itu berpotensi menjadi produk pelancongan alam semula jadi di Pahang kerana peserta melalui denai dalam kawasan hutan serta laluan di pesisir pantai.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here