MUADZAM SHAH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang berindak tegas menyita sebuah lori yang membawa muatan kelapa sawit dipandu seorang warga asing di Jalan Bahau – Muadzam Shah, di sini, kelmarin.
Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khairuanwar Alyahya Syed Abdul Rahman hasil pemeriksaan mendapati warha asing tersbeut melakukan enam kesalahan termasuk tiada lesen memandu kompeten (CDL) dibawah Seksyen 26(1) APJ 1987, tiada lesen memandu kenderaan perdagangan (GDL) di bawah Seksyen 57(1) APJ 1987 dan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh di bawah Seksyen 23(1) APJ 1987.
“Manakala antara kesalahan lain dilakukan tiada perlindungan insurans di bawah Seksyen 90(1) APJ 1987, perakuan pemeriksaan berkala (Puspakom) tamat tempoh di bawah Seksyen 66A(1) APJ 1987 dan muatan bahaya di bawah K92 MV (C&U) 1959,”katanya menerusi laman rasmi.
Beliau berkata stesen Penguatkuasa (SPK) Palong sudah menjalankan rondaan penguatkuasaan di sekitar Jalan Bahau – Muadzam Shah sebelum menahan sebuah lori membawa muatan kelapa sawit bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Katanya, hasil pemeriksaan mendapati pemandu warga asing itu melakukan enam kesalahan dan pihaknya bertindak tegas dengan menyita kenderaan terbabit di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 di SPK Palong bagi mengenal pasti identiti lori selain memastikan tidak berlaku kesalahan berulang.
“JPJ Pahang akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan setiap kenderaan pematuhan undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya.
“Kita tidak akan berkompromi dengan pemandu yang melakukan kesalahan, tindakan tegas menanti mereka yang bersalah,” katanya.
Beliau menambah, selain melakukan sekatan jalan raya kawasan terpilih, pihaknya turut sentiasa menjalankan rondaan secara berjadual bagi mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan.