Home Buletin Semasa SMPEM SALUR PERALATAN PEMADAMAN KEBAKARAN KEPADA BOMBA KOMUNITI

SMPEM SALUR PERALATAN PEMADAMAN KEBAKARAN KEPADA BOMBA KOMUNITI

109
0

Oleh: Rahimi Hashim@IMedikel TV

PEKAN: Pojek Sustainable Management of Peatland Ecosystems in Malaysia (SMPEM) menyalurkan bantuan peralatan pemadaman kebakaran bagi kegunaan pasukan bomba komuniti daerah ini.

Antara aset yang disalurkan ialah tiga unit pam air, enam unit teropong (Binokular) dan 30 set pakaian perlindungan diri (PPE) dan peralatan berkenaan akan digunakan dalam usaha memadam kebakaran hutan paya gambut yang kerap berlaku di daerah ini.

Pegawai Teknikal Projek SMPEM Pahang, Dr Farah Wahida Ayob, berkata kini terdapat seramai 42 anggota bomba komuniti terdiri daripada penduduk setempat termasuk masyarakat Orang Asli beberapa kampung di daerah ini.

Menurutnya, untuk menambahkan lagi kemahiran anggota bomba komuniti mereka turut perlu mengikuti latihan asas kawalan kebakaran termasuk penggunaan peralatan yang disediakan serta mendapat bimbingan pasukan Fire Emergency Response Team (FERT) Enggang (Pekan) Sdn Bhd secara berterusan.

“Anggota bomba komuniti terdiri daripada penduduk sekitar Kampung Cenderawasih yang terbabit dengan aktiviti tanaman nanas berskala besar dalam kawasan paya gambut yang sering berlaku kebakaran setiap kali musim kemarau berlaku di negeri ini.

“Mankala anggota bomba komuniti masyarakat Orang Asli terdiri daripada penduduk Kampung Meranti dan Kampung Permatang Keledang, penempatan mereka berada dalam kawasan paya gambut yang turut terdedah dengan kejadian kebakaran.

“Kita berharap dengan penubuhan pasukan bomba komuniti daerah ini dapat membantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadam kebakaran hutan paya gambut yang berlaku hampir setiap tahun,” katanya, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Aset Bomba Komuniti di bawah Projek SMPEM disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Iqtie Qamar Laila Mohd Gani di Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi, Pekan.

Hadir sama Ketua Projek Enggang (Pekan) Sdn Bhd, Marsitah Wariss dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi, Mohd Munawar Mohd Sarip.

Tambahnya sokongan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi melancarkan lagi usaha meningkatkan kemahiran dikalangan anggota pasukan bomba komuniti daerah ini yang bertanggungjawab membantu JBPM memadam kebakaran hutan paya gambut.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here