Home Hiburan ADA MESEJ BERGUNA SUPAYA TIDAK TERBABIT UNSUR MENYALAHI AGAMA

ADA MESEJ BERGUNA SUPAYA TIDAK TERBABIT UNSUR MENYALAHI AGAMA

40
0

Demi mengejar impian atau mencari penyelesaian segera, terdapat segelintir masyarakat sanggup meletakkan harapan kepada perkara tahyul.

Memetik laporan Harian Metro, namun, sejauh manakah kepercayaan ini benar-benar membantu, atau adakah ia sekadar membuka ruang kepada penipuan?

Maka atas realiti ini, filem komedi terbaharu arahan Syed Fariz berjudul 5 Bomoh tampil bagi menyampaikan mesej sosial kepada masyarakat.

Ia menampilkan barisan pelakon handalan seperti Datuk Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaluddin, Ungku Hariz, Tiara Rose, Datuk Afdlin Shauki, Johan, Datuk Amy Search, Aedy Ashraf dan Ozlynn Waty.

Filem ini yang menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula Khamis lalu mengajak masyarakat meneliti perbuatan khurafat terbabit melalui perspektif ringan, tetapi diselit pengajaran. 

Menurut Syed Fariz, filem 5 Bomoh bukan sekadar naskhah komedi kosong, sebaliknya sebuah karya yang sarat dengan sindiran sosial yang santai.

Katanya, selain isu kepercayaan karut, filem ini turut menyentuh dinamika hubungan kekeluargaan, tekanan ibu bapa terhadap anak-anak dan kecenderungan masyarakat mencari jalan pintas dalam kehidupan.

“Melalui komedi, kami cuba menyampaikan mesej bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya.

“Kadangkala, manusia terlalu mudah mempercayai janji manis sehingga lupa bahawa usaha, ilmu, dan doa adalah asas sebenar. Walaupun santai, mesej filem ini sangat mendalam,” katanya.

Filem terbitan Global Station Sdn Bhd ini mendapat sentuhan edaran daripada Skop Production Sdn Bhd, serta pemasaran oleh Primeworks Studios dengan kerjasama Mask Team.

Ia mengisahkan ahli perniagaan Rashdan lakonan Aaron Aziz yang taksub dengan amalan tahyul dan petua turun-temurun, tetapi bertentangan dengan isterinya, Sakinah (Scha Alyahya) yang lebih mempercayai sains, pendidikan serta kekuatan doa.

Konflik bermula apabila anak perempuan mereka, Nisa (Tiara Rose) gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM dan Rashdan mula panik dan terdesak mahu melihat anaknya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Atas cadangan pembantunya, Alam (Ungku Hariz), Rashdan nekad membawa keluarganya menjelajah serata negeri untuk menagih bantuan daripada beberapa bomoh.

Bagaimanapun, perjalanan berkenaan memakan diri apabila mereka berdepan satu demi satu penipuan yang membongkar ketamakan pengamal khurafat terbabit.-HMetro Online-

IMedikel TV 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here