Home Luar Negara RUSIA BAKAL BENARKAN TENTERA BEBASKAN WARGANEGARA DI PENJARA DI LUAR NEGARA

RUSIA BAKAL BENARKAN TENTERA BEBASKAN WARGANEGARA DI PENJARA DI LUAR NEGARA

146
0

MOSCOW: Russia sedang dalam usaha untuk membenarkan angkatan tenteranya membebaskan warganegara yang ditahan di luar negara jika mereka dianggap telah disabitkan kesalahan secara salah.

Cadangan undang-undang itu disokong oleh Presiden Vladimir Putin, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Memetik laporan Bernama menerusi Berita Harian, speaker Parlimen, Vyacheslav Volodin, berkata pindaan itu akan dipercepatkan di Duma Negara, menyifatkannya sebagai langkah untuk ‘memperkukuh perlindungan hak warganegara kita daripada tindakan oleh negara-negara yang tidak mesra’.

Cadangan itu, yang telah diluluskan oleh kerajaan, dijangka akan diluluskan tanpa sebarang kesukaran.

Di bawah perubahan itu, tentera boleh digerakkan untuk memastikan pembebasan warganegara Russia jika Moscow menganggap sabitan atau pemenjaraan mereka oleh mahkamah asing atau badan kehakiman antarabangsa sebagai tidak adil.

Doktrin ketenteraan Russia sedia ada sudah membenarkan penggunaan kekerasan di luar negara untuk melindungi warganegara Russia, satu alasan yang dipetik oleh Moscow dalam pencerobohannya ke atas Ukraine pada 2022, di mana ramai penduduk di bahagian timur telah diberikan pasport Russia.

Langkah baharu itu akan memperluas prinsip tersebut kepada kes di mana rakyat Russia dipenjarakan atau didakwa oleh mahkamah asing atau antarabangsa tanpa pembabitan Moscow.

Dalam perselisihan dengan Barat, Russia juga telah menerima pakai perundangan yang membolehkannya mengabaikan keputusan mahkamah asing jika ia dianggap bertentangan dengan kepentingan nasional.

Moscow tidak lagi mematuhi penghakiman Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah berikutan perpisahannya dengan Majlis Eropah dan tidak mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) sebagai badan berkuasa yang sah. – BERNAMA, BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here