Home Hiburan SATU ‘JOB’ SEBULAN PUN PAYAH – NITA HAMZAH

SATU ‘JOB’ SEBULAN PUN PAYAH – NITA HAMZAH

69
0

KUALA LUMPUR : “Hendak dapat satu ‘show’ sebulan pun payah.”

Memetik laporan Berita Harian, itu luahan naib juara musim kedua Malaysian Idol, Nita Hamzah, 46, yang berkongsi perkembangan terkini selepas meninggalkan program realiti itu, kira-kira 20 tahun lalu.

Melalui hantaran Threads, Nita mendakwa sukar mendapat tawaran membuat persembahan sejak beberapa tahun lalu.

Ketika dihubungi BH Online, Nita berkata, dia berkongsi perkembangan terkini dirinya di Threads selepas menyedari ramai pelayar internet menjadikan platform media sosial itu untuk meluahkan perasaan, sejak akhir-akhir ini.

“Selepas berkahwin dan berhijab pada 2018, kerjaya nyanyian saya perlahan. Kadang- kadang, hendak dapat satu ‘show’ sebulan pun payah.

“Mereka yang beri ‘job’ adalah dalam kalangan teman rapat yang tahu saya menyanyi. Tetapi, bukan setiap bulan ada tawaran. ‘Job’ besar sudah lama saya tidak merasa,” katanya.

Pada Malaysian Idol 2005, Daniel Lee muncul juara.

Nita yang popular dengan lagu Kusut mengaku menjana pendapatan dengan menyanyi secara langsung di TikTok sejak hampir tiga tahun lalu.

Tambah Nita, dia tidak malu mengaku tiada ‘job’ kerana itu adalah realiti yang dihadapinya.

“Selain menyanyi di TikTok, saya cari rezeki dengan menjadi ejen ‘dropship’. Saya bersyukur cukup makan, pakai dan ada suami yang membantu,” katanya.

Nita bagaimanapun enggan menyerah kalah dan sentiasa berfikiran positif bahawa rezekinya akan tiba, suatu hari nanti.

“Saya akur zaman sudah berlalu dan ramai orang tidak kenal dirinya terutama generasi muda.

“Seperkara lagi, mungkin orang ingat selepas bertudung saya tidak menyanyi lagi,” katanya. – HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here