Home Buletin Semasa SEBUAH KERETA PERODUA JATUH GAUNG SELEPAS TERBABAS DI TANAH MERAH

SEBUAH KERETA PERODUA JATUH GAUNG SELEPAS TERBABAS DI TANAH MERAH

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

TANAH MERAH: Sebuah kereta jenis Perodua Bezza dilaporkan terjatuh ke dalam gaung selepas terbabas dalam satu kemalangan jalan raya di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan I, Suhaimi Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.20 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai.

Menurutnya, seramai enam anggota bomba terlibat dalam operasi berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada kenderaan oleh orang awam dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here