Home Luar Negara LEBIH 70 MAUT DI GAZA KETIKA MATA DUNIA TERTUMPU KEPADA GSF

LEBIH 70 MAUT DI GAZA KETIKA MATA DUNIA TERTUMPU KEPADA GSF

270
0

GAZA: Sekurang-kurangnya 70 maut dalam serangan semalaman Israel di Gaza, ketika mata dunia tertumpu kepada penahanan aktivis Global Sumud Flotila (GSF) ketika memasuki perairan Gaza.

Memetik laoran Agensi menerusi Berita Harian, ketika tentera Israel memintas aktivis yang cuba menghantar bantuan melalui laut kepada penduduk Gaza yang kebuluran, serangan berterusan rejim itu terus meragut lebih banyak nyawa rakyat Palestin.

Angka korban di Gaza meningkat apabila sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh sejak subuh Rabu susulan pengeboman Israel, dengan kebanyakan mangsa dilaporkan di bandar Gaza, menurut sumber perubatan kepada Al Jazeera.

Terdahulu, dilaporkan dua peluru berpandu menghentam sebuah sekolah yang dijadikan pusat perlindungan penduduk yang dipindahkan di timur Bandar Gaza, mengorbankan puluhan orang.

Ketika pasukan pertahanan awam Gaza bergegas ke lokasi, satu lagi serangan menyebabkan ramai anggota penyelamat cedera parah dan enam lagi orang awam terbunuh.

Di tempat lain, sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam serangan ke atas sebuah rumah di kejiranan Daraj di bandar itu.

Serangan Israel ke atas Gaza terus memuncak tanpa tanda akan reda, dengan kawasan padat penduduk terus menjadi sasaran pengeboman.

Difahamkan, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz menggesa penduduk di kawasan berkenaan untuk melarikan diri susulan peningkatan serangan tentera.

Beliau memberi amaran bahawa tentera sedang mengetatkan kepungan di sekitar Bandar Gaza, sambil mengarahkan penduduk berpindah ke selatan.

Sementara itu, Hamas berkata ia sedang mempertimbangkan cadangan ‘Pelan Damai 20 Perkara’ Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menamatkan hampir dua tahun perang di wilayah Palestin itu.

Jurucakap agensi penyelamat yang beroperasi di bawah pentadbiran Hamas, Mahmud Bassal, berkata beberapa kematian turut dilaporkan di utara wilayah itu, di bahagian barat Bandar Gaza.

Serangan dron pula meragut dua nyawa di Al-Zawayda dan dua lagi di sebuah kem pelarian di Nuseirat di Gaza Tengah.

Dua individu yang sedang mendapatkan bantuan turut ditembak mati oleh tentera Israel di barat daya Khan Yunis, di Selatan Gaza.

Tentera Israel yang melancarkan serangan ke atas Bandar Gaza sejak 16 September lalu mendakwa mereka berjaya menewaskan seorang ahli kumpulan Hamas di utara Semenanjung Gaza. -Agensi, BH Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here