Home Buletin Semasa TERBIT RANCANGAN KREATIF GUNA DIALEK KELATE

TERBIT RANCANGAN KREATIF GUNA DIALEK KELATE

200
0

KOTA BHARU: Keadaan cuaca esktrim di negeri Kelantan membuka mata kepada semua organisasi di negeri ini untuk menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat.

Dengan itu, di atas inisiatif Jabatan Penyiaran Kelantan, pihaknya menerbitkan program kreatif bersifat nasihat atau khidmat masyarakat melalui radio.

Pengarah Penyiaran Kelantan, Wan Azhan Wan Hamat, berkata radio memainkan peranan penting bagi membolehkan pendengar mendapat maklumat terkini mengenai keadaan cuaca semasa.

Katanya, melalui siaran radio pendengar lebih tahu dan mudah faham dan satu slot khas di radio untuk tujuan penyampaian di KELANTANfm.

“Kita bukan sahaja terhad kepada Celoteh DJ, tetap banyak penerbitan kreatif dibuat kerana kita tahu melalui celoteh ini, ia lebih santai dan mudah difahami kerana menggunakan dialek Kelantan.

“Menerusi penerbitan lebih kreatif contohnya melalui rancangan ‘Mek Bungo Lecu Meroh’ dan ‘Sketsa Wok Yoh Samad Said’ pendengar rasa lebih dekat, maklumat disampaikan mudah melekat di fikiran berbentuk nasihat termasuk info mengenai keadaan cuaca panas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Program Gateh Lebaran 2023, anjuran I Medikel, di perkarangan pusat beli belah, di sini, hari ini.

Wan Azhan berkata penerbitan siaran tersebut mengambil maklumat daripada sumber yang berautoriti termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) dan ada kajian yang dibuat supaya maklumat itu lebih betul dan tepat untuk disampaikan kepada masyarakat.

“Sumber ini penting kerana kita tidak mahu nanti kreadibiliti sebagai penyiar kerajaan ini dipertikaikan, cuma ‘topic point’ yang keluar daripada mulut penyampai kita semua perlu sahih dan betul,” katanya.

Tambahnya rancangan yang diterbitkan itu sudah ada peminatnya tersendiri.

Wan Azhan berkata, elemen nasihat yang diselitkan penyampai itu mudah difahami dan dijadikan panduan termasuk cara-cara menghindarkan diri daripada terlena strok haba akibat cuaca panas di negeri ini.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here