Home Hiburan PEMINAT DAKWA LIHAT SABRONZO, DASH BERLIN BERSAMA DI LAPANGAN TERBANG

PEMINAT DAKWA LIHAT SABRONZO, DASH BERLIN BERSAMA DI LAPANGAN TERBANG

KUALA LUMPUR: Selepas tular video perkahwinan di sebuah pantai di Bali, muncul pula video memaparkan penyanyi yang juga anggota Dolla, Sabronzo berada di lapangan terbang bersama lelaki yang didakwa sebagai suaminya, DJ Dash Berlin.

Memetik laporan Harian Metro, dalam video pendek itu, seorang pengguna media sosial terserempak dengan pasangan itu yang dalam perjalanan menaiki pesawat.

“Jadi, betullah kan dah kahwin? Serius, cantik betul depan-depan,” tulis pemilik akaun bernama Syasyo itu.

Dalam video itu, Sabronzo yang berjalan di hadapan diikuti DJ Dash serta tiga anggota keluarga termasuk seorang kanak-kanak.

Terdahulu, media sosial dihebohkan dengan penularan gambar memaparkan Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli dan DJ Dash meraikan majlis perkahwinan mereka bertemakan pantai di Bali.

Namun, sehingga kini, Sabronzo belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung dakwaan itu.-HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here