Home Sukan TFC BERI KHABAR GEMBIRA BUAT SABAH

TFC BERI KHABAR GEMBIRA BUAT SABAH

147
0

Terengganu FC (TFC) turun tanpa dua penyerang importnya, Adisak Kraisorn dan Ivan Mamut berdepan Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Likas, malam esok.

Pengendali skuad Penyu, Tomislav Steinbruckner berkata, keputusan berkenaan terpaksa diambil susulan pemain import berkenaan mengalami kecederaan dan digantung satu perlawanan.

Ketiadaan penyerang ‘kembar’ itu bermakna tugas untuk menjaringkan gol bakal digalas oleh seorang lagi penyerang import kelahiran Ghana, Jordan Mintah selain penyerang tempatan meningkat naik, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob.

“Penyerang kelahiran Croatia, Mamut terpaksa diketepikan selepas digantung satu perlawanan susulan menerima tiga kad kuning manakala penyerang kebangsaan Thailand, Adisak masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan pinggang.

“Ketiadaan dua penyerang import itu tidak begitu membimbangkan kerana kita masih mempunyai Mintah yang mampu bertindak menjaringkan gol sebagaimana aksinya sebelum ini.

“Kita harap aksi itu nanti mampu menghadirkan keceriaan buat kami bagi mengelak keciciran mata lagi selain sebagai suntikan semangat sebelum berdepan Kelantan FC pada aksi suku akhir Piala FA pada 27 Mei ini,” katanya.

Mengulas ketiadaan penjaga gol tinggi lampai kebangsaan, Muhammad Rahadiazli Rahalim yang baharu pulih daripada kecederaan, pengendali yang lebih mesra dipanggil ‘Tommy’ itu juga tidak begitu bimbang kerana dua lagi penjaga gol tidak kurang hebatnya.

“Penjaga gol berpengalaman, Mohd Suhaimi Hussin serta bekas penjaga gawang Terengganu FC II (TFC II) musim lalu, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin disenaraikan dalam pasukan ke Sabah pada kali ini dalam misi mengutip tiga mata walaupun beraksi di tempat lawan,” katanya.

Berdasarkan rekod, TFC baharu mengumpul 13 mata daripada 10 perlawanan dan menghuni tangga kelapan liga.

Sumber BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here