Alor Setar, KEDAH: Laporan Berita Harian melaporkan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menggagalkan cubaan menyeludup lebih 26 tan keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM234,000 dari negara jiran.
Ketua Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, Tuan Mohd Sukor Shafie, berkata lori kontena membawa sebanyak 2,167 kotak keratan ayam itu ditahan ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam, 8 malam, Ahad lalu.

Katanya, pemeriksaan mendapati keratan ayam itu cuba dibawa masuk dengan mengemukakan maklumat tidak tepat dan dokumen yang mengelirukan.
“Kegagalan mengemukakan maklumat yang tepat atau mengelirukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.
“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Sumber BH Online
Imedikel TV






