Home Sukan DJOKOVIC FOKUS BURU GRAND SLAM KE-25

DJOKOVIC FOKUS BURU GRAND SLAM KE-25

250
0

NEW YORK: Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic berkata, kebanyakan kejohanan ATP Masters 1000 yang dilanjutkan kepada 12 hari menjadikannya ‘terlalu panjang buat dirinya’ ketika dia kini lebih memberi tumpuan kepada usaha memburu kejuaraan Grand Slam ke-25.

“Secara terus terang, saya tidak lagi menikmati kejohanan Masters yang berlangsung selama dua minggu,” kata Djokovic awal pagi tadi, ketika bercakap kepada wartawan menjelang permulaan Terbuka AS iaitu Grand Slam terakhir tahun ini.

“Ia memang terlalu panjang untuk saya. Fokus saya lebih kepada kejohanan Grand Slam dan saya sudah beritahu sebelum ini.

“Tetapi saya juga sukakan kejohanan lain. Saya mahu bermain lebih banyak kejohanan lain, tetapi kini kita secara tidak rasmi ada 12 kejohanan Grand Slam.

“Grand Slam berlangsung dua minggu dan kebanyakan kejohanan Masters juga hampir dua minggu,” katanya memetik laporan AFP menerusi Harian Metro.

Pada usia 38 tahun, bekas nombor satu dunia itu mengakui keutamaannya sudah berubah pada fasa akhir kariernya.

“Saya tidak lagi memburu kedudukan ranking, mengumpul mata ataupun mempertahankannya. Saya sudah tidak fikir mengenai itu lagi.

“Bagi saya, ia lebih kepada di mana saya boleh mencari motivasi dan kegembiraan? Di mana saya akan berasa terinspirasi untuk bermain tenis pada tahap terbaik saya? Dan di mana saya benar-benar mahu berada serta bermain?” kata Djokovic.

Dengan keluarganya kini menjadi keutamaan, Djokovic berkata, dia tidak sanggup untuk terlepas detik-detik penting dalam kehidupan peribadi. – AFP, HMetro Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here