KUALA LUMPUR: “Mana ada sama dengan Lisa,” kata pelakon, Tracie Sinidol, 24, yang merendah diri apabila baru-baru ini wajahnya dikatakan mirip anggota kumpulan Blackpink, Lisa selepas menukar gaya rambut ‘bangs’.
Memetik laporan menerusi Harian Metro Tracie berkata, dia memandang setiap komen dari sudut positif, namun tidak pernah menganggap wujud persamaan antara mereka.
“Saya sampai tertanya-tanya kerana mana mungkin saya macam dia, tapi mungkinlah sebab ‘bangs’ ini saja. Bila ada orang cakap, ‘eh Lisa’, saya pun jadi terkejut.
“Saya ingatkan satu dua komen saja, tapi semua orang cakap, ‘eh Lisa Blackpink’. Selepas itu saya pun banyak kali tengok video itu sebab bahagian mana yang sama macam Lisa?
“Kalau orang lain buat gaya ini, mungkin ada yang akan sama juga. Satu lagi saya rasa sebab bentuk muka kami sama, jadi bila tengok sekilas mungkin nampak seiras,” katanya.
Bagaimanapun, Tracie mengakui penjagaan rambut gaya ‘bangs’ itu agak renyah dan tidak mudah diuruskan.
“Sebenarnya ini pertama kali saya ada ‘bangs’ dan ternyata ia bukan mudah. Maksudnya, bila ada ‘bangs’ agak cerewet sikit untuk urus hari-hari.
“Tapi sebab, sebab utama saya tukar ni sebab saya terbabit dalam satu filem yang akan ditayangkan tahun depan. Jadi, sebab itu saya tukar gaya ini.
“Kalau bukan untuk watak, saya tak akan tukar sebab gaya ini susah (untuk diurus). Sekarang pun macam perlu betulkan setiap masa,” katanya. – Hmetro Online –
IMedikel TV






