Home Hiburan ZUL ARIFFIN ‘BELANJA’ TUBUH SADO

ZUL ARIFFIN ‘BELANJA’ TUBUH SADO

213
0

KUALA LUMPUR: Zul Ariffin sekali lagi berjaya ‘menghangatkan’ media sosial apabila memuat naik foto tidak berbaju ketika bercuti di sebuah pulau.

Memetik laporan menerusi Berita Harian dalam perkongsian itu, pelakon berusia 39 tahun berkenaan tampil dengan tubuh sasa dan perut berotot, seakan-akan mahu membuktikan transformasi fizikalnya berhasil.

Tidak hairanlah ruangan komen dihujani pelbagai reaksi, khususnya daripada peminat wanita yang rata-rata teruja melihat susuk tubuh aktor terbabit.

‘Amboi segar mata woo, terus semangat kat tempat kerja ini’, ‘Tadi mengantuk, tiba-tiba segar pula mata ini’ dan ‘Banyaknya roti bun. Alamak segar!’ menjadi antara komen netizen yang terpesona dengan perkongsian Zul.

Lebih menarik, ramai wanita dilihat cuba ‘memancing’ perhatian dengan meninggalkan ucapan salam perkenalan, seolah-olah mahu memastikan Zul sedar kewujudan mereka.

Jika peminat wanita lebih gemar meninggalkan komen nakal, peminat lelaki pula menjadikan perkongsian pelakon Sheriff: Narko Intergriti itu sebagai sumber inspirasi

‘Cutting teruk… Minta tip’ , ‘Share menu diet tolong’ dan ‘Kurang asam terpaksa pergi gym’ antara komen dilayangkan peminat lelaki.

Jun lalu, Zul dilapor mengumumkan dirinya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (kg) dalam tempoh dua bulan bagi menjayakan watak dalam sebuah filem aksi.

Bukan sahaja ‘six pack’ jadi perhatian, malah pemilihan lagu Enter Sandman nyanyian Metallica sebagai latar muzik hantaran terbabit melengkapkan lagi aura macho pelakon kelahiran Taiping, Perak itu. – BH Online –

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here