Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV
KOTA BHARU: Seorang penjaga masjid dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak di sebuah rumah di Kuala Krai pada 25 Ogos, lima tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 51 tahun itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak berusia 13 tahun ketika kejadian di dalam sebuah rumah di Kuala Krai pada jam 10 malam, 25 Ogos 2020.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 hingga 30 tahun dan sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Taufikrullah Rusli.
Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan jaminan memandangkan kejadian tersebut berlaku di mana hubungan lelaki dan perempuan yang tidak dibenarkan.
Mahkamah menetapkan 21 September bagi tarikh sebutan semula kes.
IMedikel TV






