Home Buletin Semasa WARGA EMAS DITEMUI MENINGGAL DALAM RUMAH TERKUNCI DI FLAT SRI GUCHIL

WARGA EMAS DITEMUI MENINGGAL DALAM RUMAH TERKUNCI DI FLAT SRI GUCHIL

353
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KUALA KRAI: Seorang wanita warga emas ditemui meninggal dunia dalam keadaan hampir reput di ruang tamu rumahnya di Flat Sri Guchil, di sini petang tadi.

Menurut Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan II Mohd Khairul Duha Abdul Halim, pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 2.02 petang bagi mendapatkan bantuan membuka pintu kediaman yang terkunci susulan aduan bau busuk di kediaman berkenaan.

“Sebaik jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai tiba di lokasi pada jam 2.07 petang, pasukan mendapati pintu rumah terkunci dari dalam.

“Operasi membuka pintu berjaya dilakukan dan hasil pemeriksaan menemukan seorang wanita warga emas berusia 69 tahun meninggal dunia di ruang tamu dalam keadaan hampir mereput,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, operasi tersebut melibatkan enam anggota dengan kekuatan satu jentera jenis FRT dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.18 petang.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here