Home Sukan CHELSEA MINAT GARNACHO

CHELSEA MINAT GARNACHO

LONDON: Chelsea sedang memantau dengan rapat situasi Alejandro Garnacho di Manchester United, menurut sumber kepada media tetapi perpindahan pemain sayap itu hanya akan berlaku sekiranya terdapat pemain yang meninggalkan Stamford Bridge terlebih dahulu.

Menurut laporan, Christopher Nkunku dan Nicolas Jackson kemungkinan besar perlu dijual, walaupun United menurunkan yuran perpindahan yang diminta daripada £70 juta (RM400 juta) kepada £40 juta (RM228 juta).

Memetik laporan Agensi menerusi Harian Metro, Garnacho tidak dibawa menyertai jelajah pramusim United ke Amerika Syarikat bersama Antony, Tyrell Malacia dan Jadon Sancho kerana dia tidak berada dalam perancangan jurulatih Ruben Amorim untuk musim baharu.

Aston Villa dan beberapa kelab dari Liga Pro Saudi turut berminat untuk mendapatkan tandatangannya.

Pengurus Aston Villa, Unai Emery, melihat Garnacho sebagai pemain yang sesuai dengan gaya permainannya. Namun, Garnacho dikatakan lebih cenderung untuk menyertai pasukan yang bermain dalam Liga Juara-Juara.

Sumber turut memberitahu keutamaan Garnacho adalah untuk kekal di Liga Perdana Inggeris, dan dia masih berada di England sementara menunggu masa depannya diputuskan.

Chelsea sebelum ini dilapor cuba merisik pemain sayap itu pada Januari dan sejak itu terus memantau perkembangan situasinya.-Agensi, HMetro Online-

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here