Home Buletin Semasa KERAJAAN KELANTAN DALAM PROSES TUBUHKAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA PBT

KERAJAAN KELANTAN DALAM PROSES TUBUHKAN UNIT INTEGRITI DI SEMUA PBT

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan dalam proses menubuhkan Unit Integriti di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Peringkat Nasional Siri 4 Bil.1 Tahun 2025.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata tindakan sedang dilaksanakan untuk penubuhan unit berkenaan.

“Ia juga telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Kali Ke-2/2025 yang bersidang pada 5 Februari lalu.

“Pelan Antirasuah Kelantan (KACP) 2020-2024 telah dibangunkan selari dengan dasar dan pelan peringkat nasional iaitu Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dengan matlamat untuk membudayakan amalan integriti dalam penyampaian dan perkhidmatan berpaksikan konsep Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Saizol Ismail (PAS-Salor) yang bertanya mengenai dasar semasa terhadap penjawat awam negeri dalam aspek integriti dan profesionalisme.

Jelas beliau, pihaknya juga sedang merancang untuk membangunkan Strategi Pembanterasan Rasuah Kelantan berteraskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional 2024-2028.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here