Home Buletin Semasa PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 5 TAN BERAS DARI THAILAND

PGA GAGALKAN CUBAAN SELUDUP 5 TAN BERAS DARI THAILAND

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

PASIR MAS: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan cubaan menyeludup 5,000kilogram (kg) beras putih dari Thailand dalam rondaan awal pagi di Pengkalan Haram Pok Ngoh Li, Jeram Perdah, pada Selasa.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.00 pagi ketika anggota Batalion 9 melakukan rondaan dalam Op Taring Wawasan.

“Pasukan ternampak beberapa lelaki sedang memunggah guni-guni putih dari sebuah perahu ke tebing sungai. Namun, kesemua suspek melarikan diri menaiki perahu menuju ke Thailand selepas menyedari kehadiran anggota PGA,” katanya dalam kenyataan semalam.

Pemeriksaan lanjut di lokasi menemui sejumlah 5 tan beras putih dipercayai dari Thailand, yang disyaki cuba diseludup masuk untuk dipasarkan secara haram di negara ini.

“Anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM20,000. Kesemua beras diserahkan kepada pihak bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negeri (KSPBN) Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 20 Akta Kawalan Padi dan Beras 1994,”katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here