Home Buletin Semasa JUAL VAPE TANPA LESEN, RAMPASAN CECAH RM200,000

JUAL VAPE TANPA LESEN, RAMPASAN CECAH RM200,000

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

TUMPAT: Batalion (BN) 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penjualan rokok elektronik (vape) tanpa lesen di sebuah premis di Taman SBJ Putra, Wakaf Bharu, di sini, pada Selasa.

Serbuan pada jam 3.30 petang itu dijalankan anggota BN9 PGA bersama pegawai Majlis Daerah Tumpat (MDT) menerusi Op Taring Wawasan.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati seorang lelaki berusia 30 tahun yang berada di dalam premis gagal mengemukakan sebarang dokumen atau lesen sah berkaitan perniagaan rokok elektronik.

“Pemeriksaan lanjut menemui sebanyak 974 unit cecair vape dan 777 peranti disimpan dalam premis berkenaan. Anggaran nilai rampasan keseluruhan mencecah RM200,000,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, semua barang rampasan diserahkan kepada Majlis Daerah Tumpat untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(5)(c) Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDT 2019,” katanya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here