Home Buletin Semasa JPJ GANTUNG LESEN PEMANDU BAS SERTA-MERTA

JPJ GANTUNG LESEN PEMANDU BAS SERTA-MERTA

345
0

Oleh: Nur Athirah Azman@IMedikel TV

PUTRAJAYA: Lesen memandu vokasional (PSV) milik pemandu bas yang terlibat dalam nahas meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun lalu digantung serta merta.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 56(4), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333], susulan siasatan dijalankan.

“JPJ membuka kertas siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali kenderaan terbabit, termasuk syarikat yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan.

“Sebagai langkah proaktif demi menjaga kepentingan awam dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya, penggantungan lesen ini akan kekal berkuat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata JPJ akan terus mengutamakan keselamatan jalan raya dan tidak akan berkompromi terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here