Home Buletin Semasa PRESIDEN IMEDIKEL TERIMA ANUGERAH USAHAWAN ASPIRASI UMK

PRESIDEN IMEDIKEL TERIMA ANUGERAH USAHAWAN ASPIRASI UMK

Oleh: Nik Nur Zakia Abdullah@IMedikel TV

KOTA BHARU: IMedikel Pharma Holding Berhad (IMPHB) terus melakar kejayaan membanggakan apabila Presiden IMPHB, Yusmat Mamat, menerima Anugerah Usahawan Aspirasi Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sempena Universiti Malaysia Kelantan Entrepreneurship Awards yang berlangsung penuh gemilang di Dewan Keusahawanan, UMK Kampus Kota Pengkalan Chepa, malam tadi.

Penganugerahan itu adalah satu pengiktirafan terhadap visi dan kepimpinan Yusmat dalam membangunkan IMPHB sebagai antara pemain utama dalam sektor farmaseutikal, serta kejayaan syarikat dalam meneroka pasaran luar negara.

“Saya amat bersyukur dan berbesar hati menerima Anugerah Usahawan Aspirasi daripada UMK. Penghargaan ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk seluruh pasukan IMedikel yang sudah bekerja keras menjadikan syarikat ini berkembang pesat dalam dan luar negara

“Terima kasih kepada pihak UMK atas kepercayaan ini. Semoga anugerah ini menjadi pembakar semangat untuk kami terus berinovasi dan berbakti kepada masyarakat,”katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ketua Pegawai Kewangan IMPHB, Shahrul Azlan Mahmood, bersama barisan pengurusan dan warga kerja IMPHB.

IMPHB menyasarkan untuk terus berkembang sebagai jenama farmaseutikal yang kompetitif bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global sejajar dengan semangat keusahawanan yang diangkat melalui penganugerahan ini.

Majlis berprestij itu dianjurkan bagi meraikan keunggulan dalam dunia keusahawanan daripada pelbagai dimensi, sekaligus mengiktiraf sumbangan dan kejayaan tokoh-tokoh industri yang memberi impak besar kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat.

IMedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here