Home Luar Negara PROTES DI PERANCIS BERTUKAR GANAS, LEBIH 100 POLIS CEDERA

PROTES DI PERANCIS BERTUKAR GANAS, LEBIH 100 POLIS CEDERA

135
0

PARIS: Menteri dalam negeri, Ge­rald Darmanin berkata, bilangan besar anggota polis yang cedera itu jarang berlaku di Perancis. katanya, seramai 291 orang ditahan semasa tunjuk perasaan berlangsung.

Terdahulu, beratus-ratus ribu orang menyertai perhimpunan hari pekerja bagi membantah kenaikan usia persaraan yang diluluskan oleh presiden Emmanuel Macron pada 15 april lepas.

Kebanyakan penunjuk pe­rasaan mengadakan protes aman tetapi kumpulan-kumpulan radikal bertindak membaling bom petrol serta mercun ke arah polis.

Anggota-anggota polis kemudian bertindak balas membedil meriam air dan gas pemedih mata.

Kementerian dalam negeri menyatakan, seramai 782,000 orang menyertai tujuk perasaan itu termasuk 112,000 penunjuk perasaan di Paris.

Kesatuan konfederasi AM buruh (CGT) bagaimanapun menyatakan bahawa angka sebenar adalah tiga kali ganda lebih tinggi.

“Di Paris, seorang anggota polis melecur teruk pada tangan dan muka akibat terkena bom petrol yang dilontar oleh penunjuk perasaan.” – GE­RALD DARMANIN, Menteri Dalam Negeri

Keganasan turut tercetus di Iyons, Toulouse dan Nantes, di mana sejumlah kenderaan dibakar serta perniagaan turut di­serang.

Terdapat juga beberapa laporan yang menyebut bahawa penunjuk perasaan menawan sebuah hotel mewah di bandar Marseille, Selatan Perancis.

Darmanin menuduh kumpulan sayap kiri dikenali sebagai Blok Hitam’ menjadi dalang di sebalik rusuhan yang berlaku.

Beliau mahu mereka yang menyerang polis serta merosakkan harta benda awam dikenakan hukuman berat.

Insiden itu merupakan protes terbaharu daripada beberapa siri tunjuk perasaan besar-besaran yang diadakan bagi menentang kenaikan usia persaraan daripada 62 tahun kepada 64 tahun.

Kesatuan-kesatuan sekerja perancis menuntut dasar tersebut ditarik balik.

Sumber: Kosmo Online & AGENSI

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here