Home Buletin Semasa PENGAWAL KESELAMATAN MAUT DILANGGAR KERETA CUBA MEMOTONG

PENGAWAL KESELAMATAN MAUT DILANGGAR KERETA CUBA MEMOTONG

235
0

BALING: Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Bandar, Jalan Baling/Weng/Tanjung Pari, di sini malam tadi.

Mangsa, Ahmad Halime Yusof, 56, dari Kampung Bechah Sawa, Mukim Siong, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata anggotanya menerima maklumat berhubung kemalangan pada jam 9.50 malam.

Beliau berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati motosikal terbabit dari arah Baling menghala ke Tanjung Pari.

Sumber foto: NSTP/ Gambar Tular FB

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki berusia 42 tahun dari arah bertentangan gagal memotong dan memasuki laluan bertentangan, lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

“Penunggang motosikal itu terjatuh di bahu jalan sebelah kiri, manakala pemandu kereta terbabit hilang kawalan dan melanggar pengadang besi jalan di sebelah kiri,” katanya hari ini.

Shamsudin berkata, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk menjalani bedah siasat.

“Pemandu kereta cedera ringan di muka. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber: BH Online

Imedikel TV

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here